Armand Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 25 Okt 2024.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Arman Azha, 46, berkelulusan Sarjana Sains Politik dari Geomatika University College, Kuala Lumpur merupakan Pengarah Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Pada sidang media selepas majlis itu, Arman Azha menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu peluang dan ruang untuk pemimpin muda menjadi sebahagian daripada pembahas dasar-dasar negara. – MalaysiaGazette