Ahli sosiologi Singapura Noeleen Heyzer dilantik sebagai perwakilan khas baharu ke Myanmar - Foto Noeleen Heyzer

NEW YORK – Ahli sosiologi Singapura, Noeleen Heyzer dilantik sebagai perwakilan khas baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang mengumumkan perkara itu berkata, Noeleen akan menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland.

Heyzer, 73, telah memegang beberapa jawatan kanan PBB, antaranya sebagai ketua suruhanjaya ekonomi dan sosial untuk Asia dan Pasifik pada 2007 hingga 2014.

Beliau berkhidmat sebagai penasihat khas untuk Timor Timur antara 2013 dan 2015

Semasa bertugas di Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial, Heyzer bekerjasama rapat dengan negarav anggota Asean serta pihak berkuasa Myanmar dalam pembangunan dan pembasmian kemiskinan.

Sejak rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari lalu yang menamatkan tempoh demokrasi selama sepuluh tahun, PBB dan Asean tidak berjaya menggesa junta tentera untuk melancarkan semula dialog politik dan membebaskan pegawai awam yang ditangkap ketika pergolakan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast