Siti Zailah Mohd Yusoff KPWKM unnatural sex women family children rape incest
Siti Zailah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan dalam masa terdekat ini kerana ia sudah dilaksanakan pada tahun lalu, kata Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menjelaskan, ini kerana kerajaan telah menaikkan kadar bantuan pada pembentangan Belanjawan 2021 yang meliputi empat skim bantuan berkaitan orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak, warga emas dan keluarga miskin.

Menurut beliau, konsep pelaksanaan kenaikan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu lebih memberi fokus kepada keperluan isi rumah.

“Ia merujuk kepada penggabungan bantuan mengikut keperluan sesebuah isi rumah yang mempunyai pelbagai kategori seperti warga emas, OKU, ibu tunggal yang mempunyai anak yang berumur di bawah 18 tahun serta pesakit kronik terlantar.

“Sekiranya sesebuah isi rumah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan, jumlah bantuan yang diterima oleh isi rumah berkenaan adalah melebihi RM1,000 sebulan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang itu menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang bila bantuan bulanan RM1,000 JKM untuk golongan OKU akan dilaksanakan seperti yang dijanjikan bekas Perdana Menteri sebelum ini. – MalaysiaGazette