Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah telah dibantu dalam usaha mencegah mereka daripada terjebak dalam masalah kewangan melalui elemen pendidikan itu yang diintegrasikan dalam kurikulum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, elemen itu dididik kepada pelajar melalui enam elemen melalui subjek teras dan elektif walaupun tiada pengajaran khusus berhubung subjek pengurusan kewangan di sekolah.

Beliau menjelaskan, antara enam elemen itu ialah pengurusan dan perancangan kewangan; pengetahuan dan kemahiran, merancang dan mengurus kewangan peribadi dan penerapan nilai kewangan secara rasional dan bertanggungjawab.

“Integrasi elemen ini dilaksanakan melalui mata pelajaran teras iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, pendidikan moral, matematik dan pendidikan Islam bagi menengah rendah.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat menjadikan subjek pengurusan kewangan sebagai subjek mandatori di sekolah bagi mengelak lebih ramai anak muda terdedah dengan masalah kewangan masa depan. – MalaysiaGazette