Guru sekolah Al-Hamra Intergrated School sedang mengajar anak muridnya ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebut nama sekolah agama Islam swasta, pasti kita terbayang lokasinya yang terletak di lot-lot rumah kedai yang padat dan selesa.

Malah terlintas juga di fikiran masyarakat keadaan sekolah yang daif dan tidak moden.

Situasi itu telah memberi persepsi negatif kepada skolah agama swasta itu yang bertujuan membawa obor al-Quran dan panji Islam.

Justeru alternatif dan kaedah berkesan perlu difikirkan supaya martabat pendidikan berteraskan al-Quran dapat ditingkatkan selari keagungan kalam Allah SWT yang menjadi pedoman umat Islam sejagat.

Apatah lagi permintaan semakin meningkat terhadap sekolah agama Islam swasta dari satu sudut adalah positif kerana ia menunjukkan tahap kesedaran orang ramai terhadap ilmu al-Quran bertambah tinggi.

Ruangan pantri di Al-Hamra Intergrated School ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

Hakikatnya, ilmu dalam apa-apa bidang sekalipun sentiasa ada nilai tersendiri yang realistik seiring dengan perubahan semasa. Apatah lagi kalau ilmu duniawi ini digabungkan bersama ilmu akhirat.

Sudah tentu kita dapat melihat pelapis modal insan yang berkualiti dalam kehidupan masyarakat untuk generasi masa hadapan di mana ilmu itu penyuluh hidup.

Malah tidak rugi pun menghantar anak-anak  ke sekolah agama Islam swasta yang berprestij.

Hasilnya nanti pasti menjadi saham akhirat untuk ibu bapa dan keluarga juga. Tambahan pula sekiranya mereka menjadi penghafaz Al-Quran.

Menyedari kepentingan itu, Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) di Damansara di sini kini muncul antara sekolah agama swasta terkemuka yang berteraskan pembelajaran holistik Islam dan kurikulum bahasa Inggeris di bawah payung organisasi Awqaf Holdings Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hamra Integrated School, Ibrahim Adham Asmail ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hamra, Ibrahim Adham Asmail berkata, institusi pendidikan Islam antarabangsa yang bersepadu itu bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa depan yang penuh inspirasi dengan mewujudkan budaya Khairu Ummah.

Jelas beliau, pihaknya bercita-cita untuk memberikan kecemerlangan pendidikan holistik dengan menawarkan sukatan pelajaran Pendidikan Antarabangsa Cambridge Assessment dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sambil menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai asas utama.

“Al-Hamra mahu menjadi institusi pendidikan Islam yang melahirkan pemimpin masa depan dan memberi inspirasi selain mewujudkan budaya Khairu Ummah sambil memfokuskan kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

“Kami juga bercita-cita untuk mengembangkan generasi pengetahuan, etika dan nilai di mana generasi ini dilengkapkan untuk menghadapi cabaran dunia dengan yakin dan memberikan penyelesaian yang berpandukan pandangan dunia Islam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Ruangan kelas di Al-Hamra Intergrated School ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

Mengulas lanjut, Ibrahim menambah, pelajar Al-Hamra diyakini mampu menjadi generasi juara yang akan melahirkan peradaban yang gemilang dengan alat pengetahuan dan kebijaksanaan yang betul sambil melahirkan kecemerlangan insan.

Jelas beliau, pendidikan holistik adalah penting untuk menggabungkan ilmu agama yang teliti di mana berasal dari wahyu  Ilahi dengan ilmu yang diperoleh melalui intelektual manusia.

Menerusi pemikiran itu, ujarnya, Al-Hamra telah menggunakan Sistem Pendidikan Holistik Bersepadu (IHES) yang dikembangkan oleh Profesor Dr. Hasni Mohammed di mana ia telah dipraktikkan di lebih daripada 1,000 sekolah di seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia, India dan Jepun.

“IHES memfokuskan secara khusus kepada penyatuan tiga elemen penting iaitu program pembangunan potensi manusia, media dan kurikulum berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

“Semasa kami bercita-cita untuk mencari bakat dan hadiah setiap anak, pembelajaran di Al-Hamra telah melampaui kelas,” katanya.

Ruangan bilik komputer di Al-Hamra Intergrated School ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

Ibrahim memberitahu, program kokurikulum Al-Hamra tidak hanya menyediakan pendekatan seimbang terhadap kekangan aspek kurikulum tetapi juga berorientasikan sunnah bagi mewujudkan platform yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing berdasarkan pilihan mereka.

Ujar beliau, struktur kokurikulum di Al-Hamra telah menggabungkan sukan dan seni mempertahankan diri yang dikembangkan agar selaras dengan kurikulum STEAM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.

“Pendekatan ini meningkatkan prestasi pelajar kami dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang mencukupi ketika mereka bergabung ke dunia yang lebih besar dan mencabar.

“Pada masa yang sama, kami mendorong aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepemimpinan dan persaingan yang sihat.

“Dengan banyak pilihan aktiviti ekstrakurikulum, kami percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang lengkap,” ujarnya.

Ruangan makmal sains Al-Hamra Intergrated School ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.

Ibrahim menambah, salah satu cara terbaik untuk memupuk minta pelajar adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan dilengkapi alatan pembelajaran yang tepat.

“Al-Hamra menyediakan ruang yang selesa dan inovatif di mana pengalaman belajar sangat menyeronokkan bagi pelajar.

“Kami menyediakan bilik darjah yang selesa, cafeteria luas, perpustakaan, makmal teknologi dan sains, prasekolah dan kawasan permainan dan sudah pasti surau yang mendamaikan,” katanya.

Sementara itu, mereka yang berminat mengetahu lebih lanjut boleh menghubungi Al-Hamra di talian 03-26308010 yang terletak di Encorp Strand Garden Office Blok A , A-GF-2, No 12 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

Ruangan bilik solat Al-Hamra Intergrated School ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 22 OKTOBER 2021.