Hakim Hanan Zamzuri merupakan pelatih PDK Kompleks Penyayang selamat menerima dos kedua vaksin jenis Pfizer di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Seramai 14 anak istimewa dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) remaja terdiri 13 hingga 17 tahun menerima vaksin secara pandu lalu daripada Malaysian Medical Relief Society (MERCY) Pahang hari ini.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kompleks Penyayang (PDK KP), Zahariah Azahar berkata, kesemua pelatih menerima dos kedua vaksin Pfizer di perkarangan parkir pusat berkenaan seawal 10 pagi tadi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Terima kasih pihak MERCY Pahang sudi menawarkan serta pemberian vaksin kepada anak-anak syurga ini  secara pandu lalu.

Ibu pejanga pelatih PDK KP menenagkan anak istimewa di kenderaan masing-masing di Kuantan, Pahang hari ini.

“Pelatih menerima vaksin dos pertama pada 17 Oktober lalu merupakan sesi kedua dam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Manakala pelatih berusia berusia 18 tahun ke atas melibatkan 14 pelatih mula menerima vaksin sejak Julai lalu.

Terdahulu mereka yang menerima vaksin pada sesi pertama di bawah kelolaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Katanya, pihak kesihatan memudahkan pengurusan pihak PDK KP dengan melaksanakan proses pemberian vaksin di sekolah tanpa pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut bapa kepada Rabiautul Alyan Rosdi, program vaksinasi secara pandu lalu ini sangat membantu meringankan keadaan anak istimewa yang terlantar.

“Alhamdulillah, satu inisiatif Yang baik Yang bersungguh baginmemastikan anak-anak OKU mendapatkan vaksin walau Dalam keadaan terlantar,” kata Rosdi Ab Rahim.

Syed Najwan Amir Syed Mohd Radzee ditemani ahli keluarga menantikan giliran menerima vaksin

Bagi Syed Mohd Radzee Syed Abdul Rahim pula, beliau menzahirkan rasa kesyukuran apabila anaknya diberikan dos kedua sekali gus mencukupkan syarat untuk kembali sesi pembelajaran secara bersemuka kelak.

“Saya rasa bersyukur anak saya dapat melengkap dua dos vaksin kepada anak saya hari ini dan kaedah ini sangat memudahkan ibu bapa penjaga untuk mendapatkan anak vaksin,” katanya.

Manakala Zamzuri Abdul Kadir menzahirkan rasa seronok sebagai ibu apabila anak istimewa diberi perhatian oleh pihak kerajaan serta urusan vaksinasi dipercepat dan dipermudahkan. -MalaysiaGazette