Azalina Othman Said Covid-19 positive
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya agar kerajaan mendidik masyarakat berfikir secara logik berhubung kontroversi arak jenama Timah.

Ahli Parlimen Pengarang, Datuk Seri Azalina Othman Said secara analogi berkata, ini kerana ketika zaman kanak-kanaknya, ramai yang gemar memilih menu hot dog di restoran makanan segera A&W.

Beliau tidak boleh menghalang orang ramai daripada makan menu itu termasuk anaknya yang membawa maksud ‘anjing panas’ dalam bahasa Melayu.

“Isu saya dengar memang ada kena mengena sebab daripada dulu kecil-kecil kita makan A&W ada hot dog dan lepas itu ada coney dog.

“Jadi macam mana anak saya suka makan hot dog, takkan saya nak kata tak boleh makan ‘anjing panas’. Saya rasa ini yang pentinglah, kita kena didik masyarakat kita berfikir secara lebih logik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid bersetuju dengan pandangan Azalina.

“Setuju dengan Pengerang (Azalina). Sebenarnya tak nak isu ini jadi precedent (duluan). Tidak akan ada kesudahan,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jenama arak Timah bayang nama wanita Melayu – Rusnah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Azalina dan Rosol. “Hotdog dan A&W” bukannya jenama Malaysia yang majoritinya orang Melayu Islam dan agama rasminya agama Islam. Sudah lsh diluluskan oleh MITI untuk membuat kilang arak di Malaysia. Tidak cukupkah lagi pelbagai arak yang sah dan haram di Malaysia ini. Perlukan jenama arak itu dimiripkan nsma wanita Melayu/Islam dan dilabelkan dengan label orang berkopiah yang dikatakan Kapten Speedy iaitu penguasa polis penjajah British di negara ini. Apakah dijajah oleh British suatu kebanggaan. Kenapa tidak dinamakan dengan nama Gong Xi Fst Chai ataupun nama-nama lain yang TIDAK MIRIP nama-nama Melayu. Pemimpin Melayu/Islam sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan orang Melayu bukan sebaliknya

  2. Nama timah = minum wanita melayu.
    Habis yg duk telan tongkat ali, kacip fatimah, blh pulak?
    Sensitip x bertempat

Comments are closed.