Ahli keluarga yang hadir untuk penghormatan terakhir pengebumian jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan negara hari ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 360 kes kematian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, sebanyak 95 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 24 merupakan kematian di luar hospital (BID).

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kini adalah 28,769.

Berdasarkan laman rasmi COVIDNOW, Sarawak merupakan negeri tertinggi mencatatkan kematian iaitu 31 orang atau 32.6 peratus.

Ia diikuti Johor (15), Sabah (11), Perak (9), Kelantan (6), Pahang (5), Pulau Pinang (4), Terengganu (4), Negeri Sembilan (3), Kuala Lumpur (3), Perlis (2), Kedah (1) dan Putrajaya (1).

Manakala tiada kematian di tiga negeri iaitu Melaka, Selangor dan Labuan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Satu pertanyaan tentang pengidap COVID 19. Betul ke ada klinik di Meru Kelang Selangor yang berikan suntikan anti virus setiap dua hari kepada pengidap covid dan ianya berkesan. Jika begitu kenapa paksa rakyat ambil suntikan vaksin covid 19 sekiranya ianya berkesan. Hal ini perlu ďisiasat dan diberikan penjelasan. Apakah kesannya?

Comments are closed.