Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi meningkatkan aspek kesihatan kanak-kanak dalam menyelesaikan isu kekurangan zat yang semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan untuk tahun hadapan itu bakal dimanfaatkan untuk memperluaskan program Community Feeding kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sasaran program itu bagi menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia setahun hingga enam tahun.

“Kedua, kerajaan juga akan meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak dan ketiga, menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit membabitkan hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast