Sunday, December 15, 2024
Home Belanjawan 2022 Yayasan Keluarga Malaysia lindungi anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19

Yayasan Keluarga Malaysia lindungi anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan (tengah) bersama Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed (kiri) menyampaikan sumbangan kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 pada 11 Ogos lalu di rumahnya di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto MOHD ADZLAN, 23 OKTOBER 2021.
KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk sama-sama menyumbang kepada golongan anak-anak itu.
“Kepada Muhammad Hadhrami Husna Humaira, Muhammad Harraz, Muhammad Hawwas dan Hannan Humaira serta anak-anak yatim lain, kami semua sentiasa ada untuk menjaga kamu semua,” katanya ketika membentangkan Bajet 2020 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul menambah, kerajaan turut menggesa badan-badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, malah korporat untuk memainkan peranan bersama.
“Ia bagi memastikan kebajikan dan masa depan anak-anak ini terus terpelihara,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast