Foto Instagram mariajjcm.

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Maria Tunku Sabri akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya selepas sembilan hari dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram miliknya, Maria mendapat keizinan pulang ke rumah selepas merayu dengan doktor bertugas supaya dibenarkan meneruskan tempoh kuarantin di rumah.

“Alhamdulillah saya merayu pada doktor di MAEPS kata saya nak balik rehat di rumah dan dapat kebenaran. Sekarang saya sudah berada di rumah syukur alhamdulillah. Doktor pun pesan supaya saya terus jaga diri di rumah,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Maria atau nama sebenarnya Maria Tunku Sabri memilih untuk menjalani kuarantin di PKRC itu tanpa paksaan mana-mana pihak dan atas kerelaan sendiri.

“Saya sendiri yang pilih untuk kuarantin di PKRC bukan sebab tak mampu nak duduk di hospital swasta.

Sementara itu, bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu mendedahkan dia diserang virus Covid-19 varian Delta sebelum ditempatkan di MAEPS sejak 19 Oktober lalu.

“Saya dijangkiti Covid-19 varian Delta. Saya masih batuk lagi sebab masih ada jangkitan kuman pada paru-paru dan darah saya,” katanya.

Sebelum ini, bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad itu terpaksa dikejarkan ke PKRC MAEPS selepas bacaan darah rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19. MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Maria mohon maaf, kuman dalam darah membimbangkan