KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Barisan Nasional (BN) dan orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak-pihak tertentu dalam memburukkan imej BN menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.
Ia susulan penularan satu infografik palsu kononnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kata putus kepada Pas supaya hanya menggunakan logo atau bendera Pas semasa PRN Melaka.
Jika tidak, hubungan Muafakat Nasional (MN) dibubar.
Pasukan Respon Pantas BN Command Centre meminta orang ramai sentiasa merujuk laman-laman rasmi media sosial BN sebagai informasi dan maklumat sahih. – MalaysiaGazette