Pihak berkuasa memeriksa kawasan nahas membabitkan dua kereta api di Salisbury, Britain. foto Reuters

LONDON – Dua kereta api bertembung dalam kejadian yang berlaku di bandar Salisbury, menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Tiada penumpang yang maut, kata polis pengangkutan.

Polis berkata, trak bomba dan ambulans berada di terowong tempat kejadian berhampiran stesen Salisbury.

BBC memetik jurucakap pengendali landasan, Network Rail, sebagai berkata, gerabak belakang sebuah kereta api tergelincir selepas melanggar objek ketika menghampiri stesen Salisbury dan kejadian itu melumpuhkan semua isyarat di kawasan itu.

Kerosakan itu menyebabkan kereta api kedua bertembung dengan kereta pertama.

“Sejumlah penumpang cedera tetapi mujur tiada yang meninggal dunia,” kata polis pengangkutan British.

Pengendali keretapi, Great Western Railway (FGP.L) berkata, nahas itu membabitkan kereta api yang dalam perjalanan antara Portsmouth dan and Bristol dengan kereta api dari Stesen Waterloo ke Honiton. – Agensi