Idham Baba
Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri has been appointed as the Secretary of Culture while Datuk Seri Eizlan Yusof has been appointed as the Creative Consultant of the Ministry of Foreign Affairs effective of 1 November 2021. IMBAS SEMULA..Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dilantik Setiausaha Kebudayaan manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula kini menjawat jawatan Perunding Kreatif berkuatkuasa 1 November 2021.

KUALA LUMPUR – Dua penggiat seni tanah air iaitu Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dilantik Setiausaha Kebudayaan manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula kini menjawat jawatan Perunding Kreatif berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

“Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia bertujuan mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan kita di samping memaparkan nilai-nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi pertukaran budaya,” kata Saifuddin

Menurut beliau, bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

“Saya yakin bahawa Dr Ahmad Idham dan Dato’ Seri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya,” kata Saifuddin

Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan berpengalaman luas dlaam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun termasuk mememangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Eizlan pula merupakan seorang yang tidak asing dalam industri seni dan pernah khidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. – MalaysiaGazette