30 tan pakaian terpakai berjaya dikumpul melibatakan lebih daripada 1,000 penyumbang.

KUANTAN – Sebanyak 30 tan pakaian terpakai berjaya dikumpul daripada 1,000 penyumbang secara pandu lalu di pekarangan Kompleks Yayasan Pahang, di sini, dalam tempoh 48 jam.

Yang DiPertua Kelab Keluarga Yayasan Pahang (KKYP), Onn Abdul Rani berkata, program selama dua hari yang diadakan pada 30 dan 31 Oktober itu mendapat sambutan luar jangkaan daripada penduduk negeri ini.

Tambahnya, ini kerana para peyumbang luar terdiri daripada daerah Pekan, Temerloh, Maran selain Kuantan turut menyertai program tersebut.

Program pengumpulan pakaian terpakai dilakukan secara pandu lalu mendapat sambutan orang ramai

“Sebanyak 10 tan dikumpul pada hari pertama dan hari kedua pula 20 tan berjaya dikumpul secara ‘drive-thru’.

“Pakaian yang dikutip akan diasing mengikut keadaan akan diagihkan ke badan dan institusi kebajikan yang telah dikenal pasti di Pahang terutamanya di Kuantan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Tambahnya Onn, agihan kepada pelbagai peringkat umur akan diserahkan kepada rumah anak yatim, rumah orang tua, penduduk sekitar Tanjung Lumpur,

Baki pakaian yang dikumpul itu akan dihantar ke negara-negara miskin di Afrika manakala pakaian rosak akan dikitar semula menjadi produk baru seperti beg, selipar dan alas periuk, ujarnya.

“Sebahagian barangan ini juga kelak, KKYP akan agihkan kepada masyarakat sekitar

“Rata-rata para penyumbang berterima kasih kerana menyeselaikan masalah simpanan dan untuk sumbangan mereka mohon kerap diadakan program seumpama ini,” katanya.

Onn memberitahu, pihaknya merancang untuk meneruskan program itu pada masa depan dan ia mungkin diadakan setiap daerah jika terdapat permintaan. – MalaysiaGazette