The Bukit Aman Commercial Criminal Investigation Department Director, Datuk Mohd Kamarudin Md Din at a news conference on the success of toppling the Fly by Night syndicate that is involved in the vehicle spare parts scam at the Jinjang Police Station in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 28 SEPTEMBER 2021 JPN IRB data leak break 4 million Malaysians lowyat.net
Pengarah JSJK Bukit Aman, komisioner Datuk Mohd Kamarudin Md Din. Foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap identiti individu yang mendakwa terdapat salah guna kuasa dan rasuah menerusi saluran Telegram dikenali Edisi Siasat dan pengguna Twitter @edisi_siasatmy.

Setakat ini sebanyak 11 laporan diterima polis diterima.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara menyeluruh dalam kes berkenaan.

Kata beliau, ia melibatkan kenyataan daripada individu yang menafikan dakwaan pengendali media sosial berkenaan.

“Kita kena siasat kedua-dua pihak membabitkan pengadu dan juga pengguna media sosial terbabit.

“Di pihak polis, kami melakukan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Namun seperti isu rasuah, ia adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jadi mereka boleh siasat perkara berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah laku rasuah termasuk dakwaan pengguna laman sosial dinamakan Edisi Siasat -MalaysiaGazette