Pos Malaysia

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia menyediakan kadar rata eksklusif bagi penghantaran bungkusan Pos Laju kepada para pelanggan jumpa terus (walk-in) sempena Jualan 11.11.

Melalui lebih daripada 3,000 kaunter peruncitan, Pos Malaysia menawarkan penghantaran paling mudah ke seluruh negara atau ejen berdaftar melalui
Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia).

Promosi ini menawarkan kadar istimewa dari serendah RM6.11 bagi penghantaran bungkusan di seluruh Semenanjung Malaysia serta antara lingkungan Sabah dan Sarawak.

Manakala kadar istimewa RM11.11 di antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Kadar istimewa ini termasuk 6% SST dan sah untuk bungkusan dengan berat sehingga 0.5 kilogram setiap satu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, 11.11 hampir tiba dan Pos Malaysia sentiasa komited menyokong keperluan penghantaran bagi perniagaan kecil, penjual pensendirian dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan menghubungkan produk dan barangan mereka ke seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan. – MalaysiaGazette