Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain culpable homicide murder assault abetting abetment guilty NDUM National Defence University of Malaysia
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

KUALA LUMPUR – Seramai 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas tuduhan mencederakan, membunuh dan bersubahat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah  membacakan keputusan tersebut sebentar tadi.

Beliau terdahulu berkata, enam penuntut universiti berkenaan  didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Manakala 12 lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Kini mahkamah sedang berehat sebentar sebelum Hakim mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya solat hajat, baca Yasin sepanjang perjalanan ke mahkamah – Ibu Zulfarhan