Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,071 kes jangkitan Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 4,626 kes semalam, peningkatan 445 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya berkata, jumlah kumulatif terkini adalah sebanyak 2,481,339 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” tulisnya.

Katanya, jumlah kumulatif kematian yang dicatatkan sehingga semalam adalah 28,975 kes.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sebanyak 95.6 peratus populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksin manakala 97.7 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – MalaysiaGazette