USS Connecticut. Foto: Facebook

WASHINGTON – Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) terlanggar ‘objek tidak diketahui’ ketika berada di perairan Asia Pasifik mengakibatkan beberapa kelasi tercedera, kata para pegawai AS.

Adalah tidak jelas punca insiden pada Sabtu lalu, kata mereka.

Kapal selam itu kekal ‘beroperasi sepenuihnya’.

Pegawai yang tidak mahu dikenali memberitahu media AS bahawa pelanggaran berlaku di perairan antarabangsa Laut China Selatan dan 11 kelasi cedera.

Kemalangan berlaku ketika ketegangan meningkat di wilayah tersebut.

Tentera Laut AS berkata, kerosakan masih lagi dinilai dan ruang dan loji dorongan nuklear kapal selam itu tidak terjejas.

Kenyataan tersebut tidak memperincikan mengenai lokasi insiden atau bilangan mereka yang cedera, dengan menyatakan kecederaan ‘tidak mengancam nyawa’.

Bagaimanapun dua pegawai dipetik Associated Press berkata, dua daripada 11 kelasi yang mengalami kecederaan diklasifikasikan mengalami kecederaan ‘sederhana’.

Kesemua mereka menerima rawatan dalam kapal selam itu.

Para pegawai berkata, kemalangan berlaku ketika kapal selam itu mengadakan operasi rutin dan tentera laut tidak mengumumkan dalam usaha mengekalkan keselamatan operasi.

Menurut AP, para pegawai berkata, objek yang dilanggar kapal selam USS Connecticut bukannya sebuah kapal selam.

Salah seorang pegawai dipetik berkata, ia mungkin kapal yang telah tenggelam atau kontena atau objek lain.

Pakar pertahanan dan keselamatan yang berpengkalan di Singapura, Alexander Neill memberitahun BBC bahawa jumlah mereka yang cedera mencadangkan kapal selam itu mungkin ‘terlanggar sesuatu yang besar’.

Insiden tersebuit, katanya, ‘tidak biasa berlaku dan jarang didengari’ dan ia menunjukkan kawasan tersebut banyak aktiviti ketenteraan.

“Laut China Selatan tepu dengan kapal tentera laut dari beberapa buah negara. Ketika banyak yang menunjukkan kekuatan tentera di permukaan air anda tidak nampak kadar aktiviti di bawah permukaan air,” kata Neill.

Akhbar Global Times milik kerajaan China melaporkan jurucakap Kementerian Hak Ehwal Luar China berkata, negara itu ‘amat khuatir’ mengenai insiden tersebut dan menggesa AS menyediakan perincian kemalangan itu, termasuk tujuan misi.

Kapal selam itu dilaporkan menuju ke Guam.

USNI News berkata, insiden terakhir diketahui kapal selam AS terlanggar objek di bawah permukaan air berlaku pada 2015 apabila USS San Francisco terlanggar gunung di dasar laut berhampiran Guam.

Seorang kelasi maut dalam kejadian tersebut. – Agensu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast