Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam tadi meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu  mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama’ Pas yang bersidang kelmarin (31 Oktober 2021), selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas  mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Agung Pas Pusat di sini selesai. – MalaysiaGazette