Home Dunia Sekurang-kurangnya empat terkorban bangunan runtuh di Lagos

Sekurang-kurangnya empat terkorban bangunan runtuh di Lagos

IKOYI – Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terkorban dalam kejadian bangunan runtuh di Lagos, Nigeria.

Angka itu dijangka bertambah kerana dilaporkan 100 lagi mangsa dikatakan masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang masih dalam pembinaan.

Musibah di kawasan Ikoyi berlaku pada Isnin, sekitar jam dua petang.

Menurut Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Ibrahim Farinloye, hanya empat mangsa berjaya dikeluarkan selepas insiden.

Sebelum itu, orang ramai yang berada di kawasan berhampiran mengambil inisiatif sendiri untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Keadaan dilaporkan kritikal kerana usaha mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa dikatakan dibuat beberapa jam selepas kejadian.- Agensi