Seorang anggota penyelamat berada di atas serpihan ketika usaha mencari dan menyelamat diteruskan di tapak bangunan runtuh di Ikoyi, Lagos, Nigeria - Foto Reuters

LAGOS – Jumlah kematian akibat bangunan runtuh di Lagos di sini kini meningkat seramai 22 orang selepas usaha menyelamat diadakan.

Ahli keluarga mangsa dan orang ramai berkumpul berhampiran lokasi kejadian mahu mengetahui nasib kaum keluarga dan rakan mereka yang masih terperangkap di bawah ketulan batu dan keluli hancur akibat runtuhan itu.

Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Lagos, Ibrahim Farinloye memberitahu Reuters melalui mesej teks jumlah kematian meningkat kepada 22 selepas beberapa mayat ditemui.

Manakala sembilan lagi mangsa yang diselamatkan masih hidup.

Bangunan runtuh kerap berlaku di Afrika di mana peraturan kurang dikuatkuasakan dan bahan binaannya tidak berkualiti.

Kerajaan negeri Lagos berkata, terdapat beberapa pelanggaran bangunan semasa pembinaan awal tahun ini tetapi tidak menyatakan sama ia telah diatasi.

Ketua arkitek negeri itu digantung kerja selama-lamanya bermula Selasa lalu dan kerajaan melancarkan siasatan bebas mengenai punca runtuhan dan keputusan siasatan akan didedahkan kepada umum.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast