Ops Bersepadu malam Deepavali di Jalan Bukit Ubi, Kuantan

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 28 tahun dicekup polis semasa dalam keadaan mabuk dalam Ops Bersepadu sempena Deepavali dijalankan Tanah Putih, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu namun berani menunggang motosikal dari Batu 55, Maran menuju ke Kuantan.

Motosikal yang digunakan oleh seorang pemuda yang cuba mabuk ditahan dalam Ops Bersepadu malam tadi

Kata Wan Mohd Zahari, saspek yang bekerja di kedai 24 jam itu turut mengakui tidak divaksin telah ditahan dalam keadaan mabuk.

“Bukan sahaja menunggang motosikal dalam tanpa lesen, suspek juga mengaku telah meminum minuman keras dan menunggang motosikal dari Maran.

“Hasil siasatan mendapati motosikal pemuda mabuk itu tiada cermin sisi, nombor plat diubah suai serta bacaan Evidential Breath Analyzed (EBA-II) menunjukkan 130mg/100ml.

Difahamkan saspek turut mempunyai rekod lampau kes berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaaan.

Tambah Wan Mohd Zahari, kes disiasat dibawah Seksyen 45A (1) APJ 1987 iaitu memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Jika didapati bersalah hukuman memperuntukkan penjara tidak melebihi dua tahun dan denda mininum RM 10,000 atau maksimum RM 30,000 dan hilang kelayakan lesen minimum dua tahun,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Dalam perkembangan lain seorang jurujual minyak enjin yang disyaki mabuk turut ditahan di bawah Seksyen yang sama semasa sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Jalan Bukit Ubi, Kuantan.

Lelaki bujang berusia 24 tahun itu ditahan ketika memandu Toyata Vios dalam perjalanan pulang ke rumah ke Indera Mahkota, Kuantan.

“Beliau ditahan selepas mendapati rekod bacaan 91mg/100mlm menerusi alat ujian alkohol Evidential Breath Analyzed (EBA-II).

“Lelaki berkenaan turut mempunyai rekod lampau Seksyen 29 AA Akta pemberi pinjaman”. – MalaysiaGazette