KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perayaan Deepavali di negara ini disambut dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
Katanya, perayaan Deepavali yang disambut oleh Keluarga Malaysia yang beragama Hindu akan menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.
”Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.
”Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!,” katanya. – MalaysiaGazette