Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Suami kepada seorang pelakon drama Kampong Pisang Bersiri- Siri ditahan selepas dipercayai menampar anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pelakon wanita berusia 41 tahun itu pada hari yang sama.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila suspek berusia 35 tahun disyaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan pelakon berkenaan.

Difahamkan, anak pasangan itu cuba meleraikan pergaduhan tersebut bagaimanapun telah ditampar oleh suspek.

Pelakon itu juga memberitahu suspek merupakan seorang kaki mabuk dan panas baran.

Susulan kejadian itu, anak pelakon tersebut mengalami sakit pada bahagian pipi dan telinga akibat dilempang.

Suspek telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Pelakon wanita itu pernah membintangi filem Sembilu, Kala Malam Bulan Mengambang, Dukun serta Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. – MalaysiaGazette