Pasukan polis mengawal ketat sebuah hotel di Cancun, Puerto Morelos selepas kejadian tembak menembak berlaku. foto Reuters

MEXICO CITY – Dua anggota kumpulan dadah disyaki ditembak mati di tepi pantai berhampiran pusat peranginan Mexico di Cancun, kata pihak berkuasa.

Tragedi itu berlaku selepas dua pelancong maut dalam kejadian tembak-menembak di pantai lain beberapa minggu lalu.

Pejabat peguam negara di negeri Quintana Roo berkata, kejadian tembakan itu berlaku selepas kumpulan samseng bertempur di berhadapan pantai di Bahia Petempich, Puerto Morelos dan dua terbunuh.

Kejadian itu tular di media sosial.

Polis berkata, sebelum ini sekumpulan lelaki dilaporkan membawa senjata api panjang kelihatan di kawasan Hotel Azul Beach.

Sekumpulan lelaki bersenjata tiba dengan bot untuk mengejar lelaki yang terbunuh itu.

Pejabat peguam negara menerusi Twitter berkata, tidak ada kecederaan serius lain dilaporkan berlaku.

Pelancong yang cemas menulis di Twitter, tembakan dilepaskan di pusat peranginan Cancun, di mana kakitangan telah memberitahu mereka supaya segera bersembunyi.

Pengguna Twitter, Mike Sington memberitahu Reuters dia berlindung dengan tetamu lain di hotelnya.

Tetamu lain memberitahunya mereka mendengar bunyi tembakan dan seorang lelaki bersenjata telah berada di pantai, katanya.

“Kami bersembunyi di tempat gelap selepas penembak dilaporkan berada di dalam hotel,” kata Sington.

Pasukan keselamatan Mexico telah dihantar untuk mengawal Tulum, sebuah pusat peranginan popular kira-kira 80 batu (130 km) dari Cancun, selepas dua pelancong asing terbunuh dan yang lain cedera bulan lalu semasa berbalas tembak antara suspek ahli kumpulan samseng. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast