Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya Pegawai Telekom Malaysia’ (TM).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya ‘pegawai Telekom Malaysia (TM)’.

Berdasarkan laporan, wanita tempatan berusia 80 tahun itu mendakwa suspek mendakwanya terdapat talian atas namanya telah digunakan untuk aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram.

Kemudian wanita itu juga diminta membuat beberapa transaksi secara pindahan berjumlah RM730,000.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Supritendan Tan Poh Cheok, mangsa turut diminta untuk menyerahkan kad ATM.

“Pada Selasa, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis daripada seorang pesara yang juga bekas pensyarah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kata Poh Cheok, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) bagi tindakan siasatan selanjutnya.

Dalam masa yang sama beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan butir terperinci daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum tentang sebarang siasatan seperti nama atau pangkat pemanggil, serta tempatnya bertugas.

Selain itu, seseorang itu juga perlu membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi, tidak mendedahkan maklumat akaun dan OTP/TAC kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon dan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana balai polis.- MalaysiaGazette