Kebakaran besar akibat pertembungan antara lori tangki dan trak di Freetown. foto Twitter

FREETOWN – Sejumlah 91 orang disahkan terkorban dalam nahas melibatkan sebuah lori tangki yang meletup selepas bertembung dengan sebuah trak di Sierra Leone pada awal hari ini.

Lori tangki itu membawa bahan bakar.

Jumlah angka yang terkorban masih belum dapat dipastikan.

Kebakaran besar itu turut memusnahkan kedai dan rumah-rumah berhampiran.

Media sosial menunjukkan beberapa mangsa melecur teruk dan terbaring di atas jalan raya.

“Rakaman video dan foto yang tular di media sosial amat mengerikan,” kata Yvonne Aki-Sawyerr, Datuk Bandar Freetown.

Menurutnya, terdapat khabar angin bahawa lebih daripada 100 orang maut.

Letupan selepas berlanggar dengan sebuah trak itu meragut mangsa dalam kalangan mereka yang berpusu-pusu mengumpul minyak yang bocor daripada kenderaan tersebut, tambahnya dalam catatan di Facebook.

Jumlah kerosakan harta masih belum diketahui.

Ketua Polis Sierra Leone telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu pengurusan bencana. – Reuters