Anggota bomba mengusung mayat seorang remaja yang ditemui lemas dalam Tasik Tiga Beradik di Plentong, Johor.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang remaja yang terjatuh di Tasik Tiga Beradik dekat Plentong pagi tadi telah ditemui.

Mangsa, Mohamad Zarif Isyraf Zulkifli, 20, terjatuh ke dalam tasik itu pada jam 11.20 pagi tadi ketika sedang melintasi tasik tersebut, menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor.

Mangsa dikatakan melakukan mendaki bersama-sama 40 rakannya tetapi terpisah dengan yang lain.

Semasa kejadian mangsa hanya bersama seorang rakannya.

Rakannya telah berusaha memaut tangan mangsa namun usahanya tidak kesampaian apabila dia sendiri kehabisan tenaga menyebabkan genggaman dua sahabat itu terlerai dan mangsa tenggelam ke dasar tasik.

Bomba melancarkan operasi menyelaman dan selaman dalam radius 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan.

Mayat mangsa dijumpai pada jam 12.55 tengah hari pada kedalaman 12 kaki dalam jarak 30 kaki dari lokasi terakhir lalu diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast