Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi (Gambar Fail: Stefanie Loos/AFP Pool /dpa)

BAGHDAD – Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera,” menurut kenyataan pejabat perdana menteri.

Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan “baik” dan meminta semua “bertenang demi untuk Iraq.”

Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast