Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang bertanding buat pertama kali di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membuktikan bahawa parti itu bukan parti hipokrit.

Datuk Ibrahim Ali yang merupakan presiden PUTRA berkata langkah itu diperkuatkan lagi dengan parti itu tidak bekerjasama dengan mana-mana parti dan bergerak solo pada PRN kali ini.