Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini sehingga tengah hari ini merekodkan sebanyak 5,190 kes sembuh dengan kumulatif 2,412,395 atau 96.3 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan 4,343 dengan 2,506,309 kes kumulatif manakala kes impot melibatkan sembilan kes dengan enam warganegara dan tiga bukan warganegara.

Bagi kes tempatan pula sebanyak 4,334 kes iaitu 4,120 warganegara atau 95.1 peratus dan 214 bukan warganegara (4.9 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 554 kes (518 kes disahkan Covid-19, 36 kes disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula 272 kes (212 kes disahkan Covid-19, 60 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan),” katanya dalam kenyataan kepada media petang ini.

Mengenai jumlah kluster, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 5,806 kluster dengan kluster baharu tujuh kluster, kluster yang telah tamat (5,481 kluster) dan kluster aktif (325 kluster).

Mengenai kes harian positif, beliau berkata, daripada 4,343 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 68 kes atau 1.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 4,275 kes (98.4 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangkitan baharu Covid-19 turun 4,343 kes hari ini