VAKSIN
Sebanyak 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Setakat 11.59 malam tadi, 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin COVID-19.

Sementara itu, 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala itu, 38,027 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast