Mohamad Ali
Mohamad Ali

MELAKA – Walaupun Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching telah memohon maaf berhubung kesilapannya menggunakan perkataan ‘lahabau’ dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun ia masih dianggap satu penghinaan.

Calon Ahli Dewan Undangan (DUN) Sungai Udang merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan pemimpin DAP itu.

Jelas Timbalan Speaker Dewan Negara itu, Nie Ching yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan selain berpengalaman luas dalam politik terutamanya dalam menghadapi masyarakat sepatutnya lebih berhati-hati.

“Tindakannya menggunakan perkataan Lahabau Melaka, Jom Undi dalam bahan kempen PRN Melaka adalah satu tindakan yang memalukan dan penghinaan kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘lahabau’ adalah kata makian yang bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

“Benar perkataan ‘lahabau’ memang sering digunakan sebagai dialog dalam perbualan harian, tapi ia hanya digunakan dalam konteks rakan karib dan gurauan sesama sendiri.

“Namun bagi orang luar atau orang yang tidak dikenali adalah sangat tidak moleh untuk mengunakan perkatana seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian.

“Hakikatnya ini memang sungguh tidak boleh diterima,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nie Chin mohon maaf gara-gara ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’

Mohamad Ali mengulas tindakan Nie Ching memuat naik poster kempen dalam media sosialnya iaitu Lahabau Melaka, Jom Undi di media sosialnya sebelum menariknya semula selepas menerima kritikan netizen.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu lagi, tindakan Nie Ching itu  mempamerkan sikap biadap dan kurang dan tidak sepatutnya sesekali dimaafkan.

“Jangan cakap kamu tersilap, sebagai seorang yang cukup berpengalaman ini bukanlah caranya. Saya menyeru seluruh rakyat Melaka khususnya pengundi agar menolak kempen biadap dan kurang ajar seperti ini kerana ia secara tidak langsung memperlekehkan rakyat Melaka yang terkenal dengan sikap budi bahasa dan adab yang tinggi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TOlak PH
    #TolakPHancing
    Bukan saja menghina rakyat Melaka saja tetapi sikap DaP memang membahayakan Rakyat Malaysia

Comments are closed.