!2 lelaki yang melarikan diri dari sebuah pesawat Air Arabia Maroc dibawa ke mahkamah. foto https://www.majorcadailybulletin.com/

MADRID – Seramai 12 penumpang Maghribi yang melarikan diri daripada sebuah pesawat di Lapangan Terbang Palma pada Jumaat lalu dihukum penjara selepas didakwa melakukan hasutan dan kekacauan awam.

Manakala 12 lagi masih belum ditemui.

Kejadian itu berlaku apabila pesawat Air Arabia Maroc melakukan pendaratan cemas di LapanganTerbang Son Sant Joan selepas seorang penumpang yang juga dari Maghribi tiba-tiba koma.

Semasa pintu pesawat dibuka untuk rawatan kecemasan, 24 orang warga Maghribi meluru keluar dan bersembunyi di perkarangan lapangan terbang tersebut.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 60 penerbangan tidak dibenarkan keluar dan dilencongkan ke Ibiza, Minorca dan Sepanyol.

Manakala Lapangan Terbang Palma ditutup selama beberapa jam.

Semua tertuduh dibawa ke mahkamah di Palma dalam keadaan bergari secara berpasangan.

Dalam kes tersebut, lelaki yang didakwa koma turut didakwa sebagai perancang untuk memasuki Sepanyol secara haram tetapi mengaku tidak bersalah.

Sebaliknya, lelaki itu mengaku menghidap penyakit diabetes dan sakit ketika berada dalam pesawat.

Malah, dia menafikan mengetahui rancangan defenden-defendan lain, selain menegaskan dia tidak cuba melarikan diri dari Hospital Son Espases, ketika dia ditahan oleh polis.

Kesemua 12 telah didakwa dengan kes membabitkan hasutan, kekacauan awam dan imigresen bakal berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan. – Agensi

Lapangan terbang Sepanyol terpaksa ditutup selepas 24 penumpang asing larikan diri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast