Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid.- Pix FB.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan melarang aktiviti sosial jika berlaku peningkatan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid berkata, perkara itu akan diputuskan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri menerusi penilaian Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, katanya, sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa jika aktiviti sosial disekat.

“Kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang merupakan protokol kesihatan umum.

“Bagaimanapun jika berlaku kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah ‘deterrence’ (mengugut) dan memantau dengan sistem heightened alert yang mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.

“Dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan aktiviti sosial, bukannya aktiviti ekonomi,”  katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) bertanya adakah kerajaan ercadang untuk membuat satu pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial yang boleh meningkatkan kes Covid-19.