subsidies chicken price feed farm
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan pihaknya telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.- Gambar hiasan.

TOKYO – Selesema burung telah dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di wilayah Akita, timur laut Jepun, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News pada Rabu.

Hampir 143,000 ekor ayam akan disembelih selepas 12 daripada 13 ayam yang diuji di ladang di wilayah Yokote didapati dijangkiti selesema burung.

Menurut kerajaan wilayah itu menyekat penghantaran ayam atau telur dari ladang yang terletak dalam radius 10 kilometer dari ladang yang terjejas manakala anggota tentera telah dihantar untuk membantu menangani isu itu.

Perdana Menteri, Fumio Kishida juga telah menggesa maklumat dikumpulkan serta mengarahkan kementerian ladang dan agensi kerajaan lain untuk bekerjasama mengambil langkah pencegahan menyeluruh secepat mungkin. – Bernama