Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap pada Majlis Sembang Santai Media di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin pencapaian awal petunjuk prestasi utama (KPI) di kementeriannya dalam tempoh 100 hari kini di berjalan seperti yang dirancang.

Beliau berkata, jumlah peratusan KPI yang sudah dicapai sudah melebihi 50 peratus.

“KPI dalam tempoh 100 hari program projek sudah ada dan sudah mencapai lebih 50 peratus.

“Sekarang ini kita akan terus memastikan semua projek berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Sembang Santai Bersama Media di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, beliau berpuas hati dengan dasar Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sedia ada.

Kata beliau, ini kerana kalau hendak rombak dasar baharu, ia akan mengambil masa yang panjang dan komitmen tinggi.

“Kementerian telah buat satu polisi yang boleh diaplikasi hingga 2030.

“Dasar sudah ada dan hanya perlu ikut dan kalau ada pun perkara yg hendak buat sana sini libat perubahan dan peraturan tanpa jejas dasar pembangunan,” katanya. – MalaysiaGazette