Kala jengking. foto Wikimedia Commons

KAHERAH – Tiga orang maut dan 450 yang lain cedera selepas disengat kala jengking di bandar Aswan.

Serangan itu berlaku selepas hujan, guruh, ribut debu, dan salji melanda wilayah di selatan Mesir.

Jurucakap kementerian kesihatan memberitahu agensi berita Al-Ahram, hujan telah menyebabkan kala jengking dan ular keluar dari tempat persembunyian, selain menyebabkan bekalan elektrik terputus dan menyebabkan banyak tiang lampu dan pokok di jalan tumbang.

Hospital di seluruh wilayah diletakkan dalamdalam keadaan berjaga-jaga.

Malah, doktor yang bercuti telah dipanggil balik bertugas dan bekalan tambahan anti-racun telah diedarkan.

Gabenor Aswan, Ashraf Attia, telah menggesa orang ramai untuk tinggal di rumah dan mengelakkan tempat yang mempunyai pokok. – news.sky.com