DJ Lin anggun dengan busana rekaan Anas Abdullah.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio, DJ Lin sekali lagi memenangi kategori Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) buat kali keempat malam tadi.

Lin, 45, berkata, tahun ini adalah tahun yang sangat bermakna buat dirinya dan keluarga besar stesen Suria FM apabila tiga penyampai mereka tercalon dalam kategori sama.

“Angka 2,4 dan 9 menggambarkan kejayaan DJ LIN pada malam ini. Ini adalah anugerah kedua yang Lin perolehi pada tahun ini selepas dinobatkan sebagai Penerima anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di malaysia bagi tahun 2021 anjuran majalah antarabangsa baru-baru ini.

“Ini adalah anugerah keempat yang Lin menangi bagi kategori Penyampai radio paling popular di Malaysia utk ABPBH

“Ini adalah anugerah kesembilan sepanjang 22 tahun DJ Lin dalam industri radio malaysia.

“Terimakasih emak, Puteh binti Jantan di Larkin Jaya, Johor bahru. Tanpa doa mak, saya¬† tak mungkin berada di atas pentas ni dan juga buat anak-anak Lin yg amat disayangi, Nureen Aresya & Nazren Asyran,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

“Susah senang kita harungi bersam dankita tak ramai tapi kita selalu ada. Tidak lupakan,
istimewa buat semua peminat-peminat Lin khasnya kelab peminat DJLINFollowers.. terimakasih atas undian dan doa kalian,” katanya.

Selain Lin, empat calon lain yang tersenarai dalam kategori sama adalah Jep Sepahtu, Sharifah Shahirah, Siti Elizad dan Tyzo.