Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

SUNGAI PETANI – Polis memburu enam lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik dan melarikan 24 gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan lain di Taman Beringin Indah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian yang menyebabkan kerugian RM20,000 itu pada 4 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan umpilan pada gril dan penutup premis berkenaan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati enam lelaki memecah masuk ke dalam kedai dan melarikan wayar tembaga tersebut menaiki lori. Tiga daripada lelaki itu menunggang tiga jenis motosikal berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – Bernama