Hasni (kanan) menyempurnakan majlis Pecah Tanah Taman Eko Rimba Telok Arong di sini, semalam.

MERSING – Tanaman  pokok  rhu  di  Taman  Eko  Rimba  Teluk  Arong,  di sini  mampu    menjadi  tarikan  baharu  kepada  pengunjung  domestik  mahupun antarabangsa.

Pengarah  Perhutanan  Negeri  Johor,  Datuk  Salim  Aman  berkata,  pihaknya mengambil  inspirasi  daripada  landskap  yang  terdapat  di  Pulau  Nami,  Korea  Selatan yang  terkenal  dalam  kalangan  pelancong  dari  seluruh  dunia.
 “Pihak  kami  menanam  banyak  pokok  rhu  di kawasan  sekitar  Taman  Eko  Rimba  ini bagi  memastikannya  menjadi  daya  tarikan  kepada  pengunjung  sama  seperti  yang terdapat  di  Pulau  Nami,  Korea  Selatan  yang  terkenal  dengan  landskap  pokoknya.
“Taman  Eko  Rimba  ini  masih  lagi  dalam  proses  pembangunan  dan  bak al  dilengkapi dengan  kemudahan  awam  termasuk  tandas  awam.  Konsep  yang  dicadangkan  bagi taman  ini  ialah  khemah  kereta  (car  camping),”  katanya demikian  selepas  Majlis  Pecah  Tanah  Penubuhan  Taman  Eko  Rimba Telok  Arong di sini semalam.
Majlis disempurnakan Menteri  Besar Datuk Hasni Mohammad.
Terdapat  empat  komponen  dalam  pembangunan  di  Telok  Arong,  iaitu Kompleks  Hutan  Taman  Negeri  Arong,  trek  pendakian  Gunung  Arong,  kawasan restorasi  dan  Taman  Eko  Rimba  Telok  Arong.
”Pembukaan  kawasan  ini  adalah  secara  berperingkatperingkat.  Trek  pendakian Gunung  Arong  telahpun  dibuka  kepada  umum  sejak  2005,  empat  komponen pembangunan  kawasan  ini  dijangka  akan  siap  sepenuhnya  lima  tahun  lagi.
 “Insya Allah,  sekiranya  siap  sepenuhnya, ia  bakal  menjadi  daya  tarikan  pengunjung untuk  datang  ke  kawasan  ekopelancongan  ini,  sekali  gus  membangunkan  ekonomi setempat,”  katanya. -MalaysiaGazette