Sebanyak 5,000 pokok bakau ditanam di Hutan Simpan Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menanam sebanyak 5,000 pokok bakau minyak di Hutan Simpan Balik Pulau, di Jalan Bharu di sini sebagai inisiatif melestarikan alam sekitar.

Datuk Bandar MBPP, Yew Tung Seang berkata, inisiatif itu bagi mengekalkan kawasan hutan simpan kekal sebagai sumber penting dan zon penampan ombak. 

“MBPP telah berjaya mencapai sasaran menanam sebanyak 50,000 pokok di bahagian Pulau menjelang tahun 2023.

Tung Seang (kiri).

“Selain itu, sehingga kini hampir 60,000 pokok pelbagai jenis telah ditanam sejak tahun 2018 dan usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata beliau.

Tung Seang berkata demikian selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Bakau di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Bandaraya MBPP, Datuj Ir. Addnan Mohd Razali dan Pengarah Perhutanan Pulau Pinang, Muhammad Ezahar Yusuf.

Kawasan hutan bakau berkenaan adalah antara pesisir pantai di negeri ini yang terkesan akibat dibadai tsunami pada tahun 2004. – MalaysiaGazette