Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng. chopsticks Chinese Malaysian Mahathir Mohamad
Lim Guan Eng.

MELAKA – Setiausaha Agung DAP membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang mengalakkan semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memaksimumkan kaedah media sosial semasa berkempen.

Lim Guan Eng berkata, capaian internet yang rendah di kawasan pedalaman menyukarkan kempen menerusi media sosial seperti galakan kerajaan.

“Kalau pergi kawasan pedalaman, dia punya liputan rendah. Kadang-kadang tak ada langsung. Macam mana kita nak kempen menerusi media sosial kalau tak ada line langsung,” katanya kepada Sumberkini hari ini.

Tambah Guan Eng, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat membuatkan usaha berkempen terbatas.

“Kami disekat, tangan kena ikat, kaki kena ikat, mulut kena sumbat, mata kena tutup, itu yang jadi masalah untuk kami,” katanya lagi.

Semalam, Annuar menyeru semua calon PRN Melaka berkempen menggunakan media sosial ketika berucap selepas melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Hotel Kobemas, Ayer Keroh.

Sementara itu, kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk calon berkempen di media rasmi kerajaan dalam saluran nasional khususnya Radio Televisyen Malaysia (RTM). – MalaysiaGazette