Mako ketika tiba di Lapangan Terbang New York. foto Reuters

NEW YORK – Bekas Puteri Jepun, Mako telah tiba di Amerika Syarikat bersama suaminya, Kei Komuro selepas meninggalkan keluarga diraja.

Mereka yang baru berkahwin akan tinggal menyewa di sebuah apartmen di New York, yang mana menjadi lokasi tempat Komuro bekerja di sebuah firma guaman.

Di bawah undang-undang Jepun, ahli keluarga wanita akan kehilangan status diraja mereka apabila berkahwin dengan orang biasa.

Pasangan itu dikawal ketat oleh polis dan anggota keselamatan Lapangan Terbang Tokyo ketika berjalan melalui terminal berlepas untuk menaiki pesawat menuju ke New York.

Mereka melepasi kira-kira 100 wartawan yang berada di sana untuk menyaksikan mereka berlepas tetapi tidak menjawab sebarang soalan.

Rakaman yang disiarkan di Jepun menunjukkan pasangan itu tiba di New York dan berjalan sambil diiringi pengawal keselamatan, sebelum menaiki kenderaan yang sudah menunggu.

Perpindahan pasangan itu New York telah lama menjadi spekulasi.

Mako kini menggunakan nama suaminya dan dijangka bekerja di sini.

Pasangan ini dilaporkan berdepan dengan masalah dalam perancangan kehidupan mereka apabila media Jepun melaporkan Komuro gagal dalam peperiksaan peguam di New York.

Bakal peguam perlu lulus ujian untuk mengamalkan undang-undang di negeri ini.

Komuro kini bekerja sebagai kerani undang-undang.

Pasangan itu berkahwin pada bulan lalu telah melangkaui upacara biasa perkahwinan diraja dan menolak bayaran yang ditawarkan kepadanya kerana meninggalkan keluarga.

Mako, yang merupakan anak saudara Maharaja Naruhito, adalah ahli wanita pertama keluarga diraja yang menolak kedua-duanya. – BBC