Sebuah poster palsu yang mengaitkan Sultan Johor.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengaskan poster yang memaparkan kononnya baginda menyeru rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah palsu.

”Ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial,” tegas baginda.

Sultan Johor bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office.
Titah baginda, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast