Sungai Daly

CANBERRA – Dua lelaki warga Australia berjaya diselamatkan selepas beberapa hari terdampar di sebuah pulau tanpa air yang dikelilingi buaya.

Kedua-dua lelaki itu masing-masing berumur 32 dan 33, diselamatkan oleh penduduk tempatan pada Isnin selepas terkandas di pulau bakau apabila bot mereka karam di Clear Creek.

Mereka berlepas menaiki bot untuk memancing di Sungai Daly yang dipenuhi buaya, lebih 100 kilometer ke barat daya Darwin pada hari Khamis.

Bagaimanapun, bencana berlaku semasa perjalanan apabila bot mereka melanggar objek dan tenggelam dalam beberapa saat.

Supritendan Shaun Gill menyifatkan kejadian itu sebagai yang paling “mengerikan” dalam kerjayanya selama 30 tahun.

“Seorang lelaki cuba berenang sepantas yang dia boleh manakala kawannya tinggal dan cuba hidup dengan apa sahaja yang ada,” kata Gill kepada News Corp Australia.

Ketika ini, seekor buaya turut cuba menyerang lelaki tersebut dan dia terpaksa membaling objek untuk terus hidup.

“Semasa ini berlaku, seekor buaya cuba menyerang. Ia

“Ada beberapa kali buaya itu berada di bawah air semasa mereka berenang,” ujarnya.

Setelah sampai ke pulau berhampiran, lelaki itu menghabiskan tiga hari dalam keadaan panas melampau di tebing lumpurnya tanpa makanan, air atau suar kecemasan.

Mereka terpaksa meminum air kencing dan menjilat air dari daun untuk terus hidup dan membuat tanda “bantuan” menggunakan penutup alat penyejuk.

Menurut 9News, pasangan itu diselamatkan pada hari Isnin oleh Shane Taylor dan rakannya.

””Saya dan rakan (saya) baru sahaja pergi mencari ikan ke arah hadapan Sungai Daly dan kami ternampak barang yang dihanyutkan di tebing.

Kami mendekati kawasan itu dan melihat mereka melambai-lambai tangan dalam keadaan gelisah,” katanya.

Mereka telah dibawa ke Hospital Diraja Darwin kerana mengalami dehidrasi sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar. – Agensi