Polis di luar blok pangsapuri selepas kejadian di Copenhagen - Foto Independent

COPENHAGEN – Polis telah menahan dua individu disyaki membunuh dalam kes melibatkan dua kanak-kanak jatuh dari pangsapuri dan seorang daripada mereka meninggal dunia di Stockholm baru-baru ini.

Memetik laporan The Washington Post, mereka yang ditahan merupakan seorang lelaki dan seorang wanita, kata polis.

Kedua-dua mangsa itu adik-beradik dan berusia bawah umur 10 tahun.

Mereka berdua dikejarkan ke hospital tetapi seorang daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius, kata polis.

Tabloid Expressen melaporkan, bapa kepada dua kanak-kanak itu telah menikam anaknya sendiri sebelum mencampakkan mereka keluar dari tingkap pangsapuri di barat Stockholm pada Ahad lalu.

Kemudiannya, seorang pejalan kaki menemui kedua-dua kanak-kanak itu dan memaklumkan polis.- The Washington Post