Kanak-kanakberusia setahun menangis selepas kepalanya tersepit di celah besi pintu rumah dalam kejadian di Selayang hari ini sebelum berjaya diselamatkan bomba dengan memotong besi pintu tersebut.gambar Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa melalui detik cemas apabila kepalanya tersepit pada celah jeriji pintu ketika memanjatnya.

Kejadian berlaku di rumah pengasuhnya yang terletak di Taman Berlian, Selayang, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.05 petang dan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat lokasi, anggota bomba mendapati seorang kanak-kanak berada di jeriji pintu kerana kepalanya tidak dapat dikeluarkan daripada lubang pintu besi itu dan dia dilihat menangis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba dari Selayang menutup kepala kanak-kanak dengan tuala sebelum memotong jeriji pintu menggunakan cutter dan menyelamatkan budak tersebut tanpa kecederaan dalam kejadian di Selayang petang tadi.Gambar Ihsan Bomba Selangor

Tambah beliau, pasukan bomba berusaha mengeluarkan kepala kanak-kanak yang tersangkut pada jeriji pintu hadapan rumah.

Menurut Norazam, pihaknya terpaksa menggunakan bolt cutter dan mengambil masa selama 13 minit bagi memotong besi jeriji tersebut.

Katanya, kanak-kanak itu tidak sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast